Kawalan Pemvektoran Tork
Belok di jalan boleh muncul tanpa disedari dan ini akan menyebabkan mana-mana pemandu mengambil tindakan drastik yang pastinya menjejaskan cengkaman dan kawalan. Kawalan Torque Vectoring Control mengimbangi sistem brek dan kelajuan untuk meningkatkan pengendalian. Walaupun dalam keadaan yang mencabar. 

Membelok Dengan Pintar

  • Daya-G biasanya memindahkan lebih cengkaman kepada bahagian luar roda daripada bahagian dalam roda ketika membelok.

  • Membelok dengan kelajuan tinggi boleh menyebabkan pembelokan kurang berlaku, terutamanya bagi kenderaan pacuan hadapan, yang menyebabkan kenderaan menggelongsor ke bahagian hujung belok jalan, daripada mengikut arah yang anda mahu. 

  • Menggunakan sistem brek untuk meniru fungsi Torque Vectoring Differential, Torque Vectoring Control mengambil alih sebelum putaran roda berlaku.

  • Tekanan brek yang ringan dikenakan pada bahagian dalam roda hadapan sebaik sahaja ia mula hilang cengkaman, dan menghantar lebih tork enjin ke bahagian luar roda yang mempunyai lebih cengkaman.

Sensor mengimbas jalan
100x sesaat

Daya-G

lazimnya menghantar lebih cengkaman ke bahagian luar roda semasa membelok

Kawalan bila diperlukan

  • Torque Vectoring Control meningkatkan cengkaman mengikut arah yang anda ingin tuju dan meningkatkan keupayaan memusing bahagian dalam roda.

  • Bahagian depan ‘menggenggam’ setiap belok jalan untuk cengkaman dan pengendalian yang dipertingkatkan semasa mengambil selekoh.

  • Pada mulanya ia dihasilkan untuk kenderaan sport bagi mengelakkan penggunaan limited slip differential dan lain-lain komponen mahal, ia kini menjadi ciri standard bagi kebanyakkan kenderaan Ford.
Select Language
Ooops!
Generic Popup