Kemasukan tanpa kunci dan Butang penghidup
Kelam-kabut mencari kunci kereta? Realiti kehidupan atau perkara yang merimaskan? Kini ia bukan lagi masalah. Kami telah menjadikannya lebih mudah untuk masuk ke Ford anda tanpa perlu memegang kunci.

Cara ia berfungsi

  • Selagi kunci pintar ada bersama anda, di dalam beg atau poket, sistem boleh mengesan apabila ia berada dalam lingkungan jarak kereta anda. 

  • Hanya tarik pemegang pintu depan dan kunci pintu akan terbuka.

  • Apabila di dalam kereta, letak kaki di atas brek, tekan butang START/POWER dan pandu pergi. Anda tak perlu lagi memegang kunci pada bila-bila masa.

Direka untuk kemudahan

  • Sekiranya kunci pintar anda kehabisan bateri, ia mempunyai kunci boleh alih yang memudahkan anda membuka kunci kereta. Anda kemudian memasukkan kunci pintar anda ke slot khas di papan pemuka yang membolehkan anda menggunakan butang START/POWER seperti biasa.

  • Kunci pintar anda diprogramkan untuk kegunaan kereta anda sahaja. 

Tahukah anda?

Kunci pintar boleh berfungsi dalam linkungan 90 sm dari kereta.
Select Language
Ooops!
Generic Popup