Sistem Kekal Laluan
Semasa memandu, Sistem Kekal Laluan kami memastikan anda selamat apabila terkeluar dari laluan asal.

Cara ia berfungsi

  • Kamera depan mengawasi penanda jalan dan mengira posisi kenderaan anda dalam laluan. Jika kenderaan dikesan menyesar ke arah garisan penanda jalan atau melepasinya, Sistem Kekal Laluan akan berfungsi.
  • Sistem ini menggunakan dua komponen utama untuk berfungsi: Pengawasan dan Bantuan.
  • Sebaik sistem mengesan kenderaan menyesar dari laluan, Amaran Kekal Laluan akan menghantar isyarat getaran kepada stereng.
  • Bantuan Kekal Laluan akan bertindak meningkatkan tork stereng untuk memudahkan anda masuk semula ke laluan yang betul.
Amaran: Seperti teknologi kenderaan lain, walau bagaimana canggih sekalipun Sistem Kekal Laluan ini, ia bukan direka untuk menggantikan pemandu. Jadi penting bagi pemandu mengekalkan tumpuan terhadap persekitaran pada setiap masa.
Select Language
Ooops!
Generic Popup