Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS®)
Titik buta. Tiada rekaan kereta sehingga kini mampu mengatasi masalh tersebut. Jadi kami memberikan anda penyelesaian terbaik. Sepasang ‘mata’ yang memantau kenderaan yang anda mungkin tidak perasaan semasa menukar lorong.
Ujian menyeluruh telah dijalankan bagi melaraskan algoritma BLIS serta parameter perisian dengan lebih terperinci, untuk membolehkan penyesuaian terhadap persekitaran, trafik dan tabiat memandu yang berbeza di seluruh dunia.

Cara ia berfungsi

  • 'Mata' anda merupakan dua radar berbilang-sinaran di panel sisi belakang di kedua-dua belah kenderaan anda yang mengesan apabila sebuah lagi kenderaan memasuki kawasan titik buta anda (radar hanya boleh mengesan kenderaan, bukan pejalan kaki atau objek lain).

  • Apabila radar mengesan kenderaan memasuki kawasan titik buta di lorong sebelah anda, lampu akan menyala di cermin sisi anda jadi anda tahu untuk tidak masuk ke lorong tersebut.  

  • BLIS akan menjadi aktif secara automatik apabila anda mula memandu. 

Tahukah anda?

Jarak asas radar belakang yang diperlukan untuk standard ISO adalah tiga meter. Namun, setelah ujian menyeluruh dilakukan bersama pelanggan, kami mendapati kereta ‘terasa’ agak hampir apabila lampu menyala di cermin sisi. Jarak 4.5 meter memberikan ‘rasa’ yang lebih selamat.
Select Language
Ooops!
Generic Popup