Stereng Bantuan-Kuasa Elektrik (EPAS)

Pengulas permotoran sering menyebut tentang dinamik pemanduan Ford yang berkualiti tinggi. Salah satu keistimewaannya adalah ‘rasa’ sterengnya yang tersendiri. EPAS direka untuk memberi tindak balas dan mengekalkan pemanduan anda dengan lancar serta sentiasa berasa terkawal ketika memandu.  

Cara ia berfungsi

  • EPAS lebih responsif dan stereng terasa ringan apabila anda memandu di bandar atau ketika parkir.

  • EPAS membuatkan stereng terasa lebih kukuh dan mudah dikawal ketika memandu pada kelajuan yang tinggi di lebuh raya.

  • Penyelarasan stereng amat licik jadi pemandu hanya merasakan pemanduan yang menyenangkan dan lebih yakin.

Pull-Drift Compensation

menyelaras secara berterusan kepada keadaan yang menyebabkan kereta anda ‘menarik’ ke kiri atau ke kanan, umpamanya ketika jalan tidak rata dan angin lintang.

Nibbles

Bukan sahaja merujuk kepada biskut yang lazat, nibbles juga merupakan istilah kejuruteraan untuk getaran stereng. Active Nibble Control mengurangkan kesan getaran tayar untuk pemanduan yang lebih selesa.

Kuasa stereng pintar

  • Oleh kerana EPAS menggunakan motor elektrik, berbanding pam hidraulik, stereng kereta boleh diprogramkan. Namun ia tidak bergantung kepada enjin, jadi sekiranya enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan stereng masih mempunyai kuasa.

  • Ini juga meningkatkan penjimatan minyak sehingga 5%, kerana penyelarasan stereng hanya dibuat ketika kelajuan anda, atau jalan dan keadaan cuaca memerlukannya.
Stereng Bantuan-Kuasa Elektrik (EPAS)
Select Language
Ooops!
Generic Popup