• Pemanduan Mengasyikkan 
    Hidup Dipermudahkan
SYNC®
SYNC® membolehkan anda menggunakan suara untuk membuat panggilan, mendengar muzik, memilih app dengan Ford AppLink™ dan banyak lagi. Teknologi SYNC® juga membolehkan anda menumpu kepada pemanduan dan mengawal stereng sepenuhnya.
SYNC® 2
Dengan SYNC® 2 dengan MyFord Touch™ anda boleh menikmati pelbagai ciri SYNC® hebat seperti bebas sentuhan, pengaktifan oleh suara, selain keupayaan yang dipertingkatkan. Paparan skrin teratur yang bijak menampilkan empat kuadran membantu anda kekal berhubung semasa memandu. 
SYNC® 3
SYNC® 3 membolehkan anda menikmati ciri-ciri SYNC® yang hebat, termasuklah teknologi pengaktifan suara generasi hadapan kami. Rekaan mudah-guna baru. Paparan antara muka baru. Ciri-ciri baru. Ketahui bagaimana SYNC® 3 menyediakan hubungan generasi hadapan bagi kehidupan anda yang sibuk.
Panggilan Telefon Bebas-Tangan
Dengan hanya menekan butang dan arahan bersuara, anda boleh membuat panggilan melalui pembesar suara kenderaan anda. Setelah telefon anda disambungkan, anda boleh memuat turun nama dan nombor telefon yang disimpan di telefon anda secara automatik.
Muzik dan Hiburan Bebas-Tangan
Nikmati muzik, buku audio atau podcast melalui apa jua peranti media, apa cara sekalipun – secara bebas-tangan.
Cari, pilih, main lagu kegemaran, ubah mengikut pilihan hati. Plag USB atau pemain MP3 anda atau strim melalui Bluetooth® Audio.

SYNC® 3 dengan Apple® CarPlay™

SYNC® 3 membawa kuasa Apple® CarPlay™ kepada Ford anda. Guna Siri® untuk berinteraksi dengan iPhone®. Buat panggilan, dengar mel suara. Anda juga boleh mengakses semua lagu dan senarai lagu anda, panduan arah dengan Apple Maps, keadaan trafik serta anggaran tempoh perjalanan.

Kemas kini Automatik melalui Wi-Fi®.

Pastikan SYNC® 3 terus dipertingkatkan dengan perisian terkini, secara automatik, apabila kemas kini terbaharu telah dikeluarkan. Anda hanya memerlukan sambungan Wi-Fi®.

Siri® Eyes-Free

SYNC® 3 memberikan anda kuasa Siri® Eyes-Free dan iPhone® anda di dalam kereta anda. Buat atau terima panggilan, tempah meja anda di restoran kegemaran anda, hantar mesej bersuara dan banyak lagi.

Dengar Pesanan Suara
SYNC® boleh membaca pesanan teks anda melalui pembesar suara. Tumpuan anda tidak perlu beralih daripada jalan di hadapan. Malah SYNC® juga memahami emoticon dan kata singkatan popular. Sekiranya anda memarkir kereta dan ingin menghantar pesanan dengan pantas, hanya pilih daripada senarai jawapan yang di praset.
Kawalan Suhu
Kawalan Suhu
Sekiranya telah dilengkapkan, anda boleh menggunakan suara untuk menetapkan suhu. Jadi anda boleh kekal selesa tanpa perlu mengangkat jari.
Sekiranya telah dilengkapkan, anda boleh menggunakan suara untuk menetapkan suhu pilihan anda atau mengakses skrin sentuh berwarna untuk mengubah suhu, melalui butang sentuh yang mudah digunakan.
  • PEMBERITAHUAN

    Untuk konfigurasi kenderaan tertentu, sila rujuk kepada manual produk. Semua ciri SYNC™ mungkin tidak terdapat pada semua kenderaan; sila hubungi pengedar tempatan anda untuk maklumat lanjut.

    [1] Bluetooth® adalah tanda niaga berdaftar Bluetooth® SIG Inc., dan digunakan di bawah lesen. Sesetengah telefon mungkin tidak serasi.

    [2] iPhone dan Siri adalah tanda niaga Apple Inc.

Select Language
Ooops!
Generic Popup